Sunday, April 4, 2010

Disamping Ayahanda Tercinta

Tanggal 26 Mac 2010, jam 1015hrs telah kembali ke rahmatullah seorang insan yang telah bertakhta dihati ku selama 48 tahun, 5 bulan 26 hari. Insan yang banyak mengajarku erti ketabahan, dalam mengharungi liku-liku hidup ini.
Ya Allah,
Sampaikan selawat kepada Muhammad hamba Mu dan rasul Mu dan ahli baitnya yang suci, istimewakan mereka dengan yang paling utama dari rahmat Mu, kasih Mu, kemuliaan Mu dan kedamaian Mu.
Ya Allah,
Istimewakan juga kedua orangtuaku dengan kemuliaan disisi Mu dan rahmat Mu, wahai yang paling Pengasih dari segala yang mengasihi.
Ya Allah,
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya
Ilhamkan kepadaku ilmu tentang kewajibanku
Gabungkan bagiku seluruh ilmu itu secara sempurna
Gerakkan aku untuk mengamalkan apa yang Kau ilhamkan kepadaku
Bimbinglah aku untuk melaksanakan pengetahuan yang telah Kau tunjukkan kepadaku
Sehingga
aku tidak kehilangan waktu untuk mengamalkan apa yang telah Kau ajarkan kepadaku dan anggota badanku tidak berat untuk melakukan apa yang telah Kau ilhamkan kepadaku.
Ya Allah,
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya sebagaimana telah Kau muliakan kami dengannya.
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya sebagaimana telah Kau wajibkan bagi kami hak terhadap makhluk Mu kerananya.
Ya Allah,
Jadikan takut kepada kedua orangtuaku seperti takut kepada penguasa yang zalim, dan berbuat kebajikan kepadanya dengan kebajikan ibu yang penyayang.
Jadikan ketaatanku kepada kedua orangtuaku dan kebajikan ku kepada mereka,
lebih mententeramkan hatiku dari tidur kepada orang yang mengantuk,
lebih menyejukkan hatiku dari seteguk air bagi yang kehausan
sehingga
aku dahulukan kehendak mereka diatas kehendak ku
aku utamakan redha mereka diatas redha ku
aku anggap banyak kebajikannya walaupun sedikit
dan aku anggap sedikit kebajikan ku walaupun banyak
Ya Allah,
Indahkan kepada mereka ucapan ku.
Haluskan kepada mereka tabiat ku.
Lembutkan kepada mereka hatiku.
Jadikan aku orang yang sangat mencintai mereka.
Ya Allah,
Balaslah kebaikan mereka kerana telah mendidik ku
Berikan ganjaran kepada mereka kerana telah memuliakan ku
Jagalah mereka sebagaimana mereka telah memelihara ku semasa kecilku
Ya Allah,
untuk setiap derita yang menimpa mereka keranaku
untuk setiap hal yang tidak enak yang mengenai mereka keranaku
untuk setiap hak mereka yang aku abaikan
jadikan semua itu penghapus terhadap dosa-dosa mereka
ketinggian darjat mereka
kelebihan dalam kebaikan mereka.
Wahai Yang Mengubah keburukan dengan kebaikan secara berlipat ganda.
Ya Allah,
untuk setiap pembicaraan mereka yang melanggar batas terhadapku
untuk setiap perbuatan yang berlebihan terhadapku
untuk setiap hak ku yang mereka lalaikan
untuk setiap kewajiban terhadapku yang mereka abaikan
semua sudah ku berikan kepada mereka dan ku ikhlaskan atas mereka
dan aku tidak membenci mereka cara mereka memperlakukanku.
Ya Allah,
mereka mempunyai hak terlalu besar dari diriku
kebaikan yang terlalu utama terhadapku
pemberian yang terlalu banyak bagiku
sehingga aku tidak dapat membalasnya dengan adil atau memberikan kepadanya imbalan sepadan.
Duhai Tuhanku,
bagaimana harus kubalas budi mereka
lamanya kesibukan mereka untuk mengurusku
beratnya kelelahan mereka menjagaku
dan penanggungan mereka akan kesempitan untuk memberikan keleluasaan bagiku
Aduhai
Aku tidak akan bisa memenuhi hak mereka terhadapku
Aku tidak mampu melaksanakan kewajibanku kepada mereka
Maka, sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya
Bantulah aku
Wahai Yang Paling Baik untuk dimintai bantuan
Bimbinglah aku
Wahai Pembimbing yang dirindukan
Jangan jadikan aku orang yang durhaka kepada ayah bonda
pada hari ketika setiap diri dibalas kerana hasil kerjanya dan mereka tidak di aniaya
Ya Allah
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya
Istimewakan kedua orangtuaku dengan yang paling utama dari apa yang Kau istimewakan kepada orangtua, wahai Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi
Ya Allah
Jangan biarkan aku lupa untuk menyebut mereka sesudah solatku
pada saat-saat malamku, pada saat-saat siangku
Ya Allah
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya
Ampunilah aku dengan doaku kepada mereka dengan ampunan yang sempurna
Ampunilah kedua orangtuaku dengan kebaikan mereka padaku
Redailah mereka dengan syafaatku untuk mereka dengan keredaan yang sempurna
Sampaikan mereka dengan anugerah Mu kepada tempat-tempat kesejahteraan
Ya Allah
Jika ampunan Mu lebih dahulu datang kepada mereka,
izinkan mereka untuk memberi syafaat kepadaku
Jika ampunan Mu lebih dahulu sampai kepadaku,
izinkan aku untuk memberi syafaat kepada mereka
Sehingga dengan kasih sayang Mu kami berkumpul dirumah Mu yang mulia,
ditempat ampunan dan kasih Mu
Sungguh Engkau Pemilik kurnia yang besar dan anugerah yang abadi
Engkaulah Yang Maha Pengasih dari semua yang pengasih.
Amin, ya rabbal aalamiin.

Monday, March 1, 2010

Tok Ayah

Kat Klate
Highest Peak - Banjaran Titiwangsa

Ummi ngan Adik

Abe ngan Zarif


Abe ngan Adik